Pengedar sah ONEXOX di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka (DYSD21131)

16 December 2018

Pengedar ONEXOX Black di Kampung Tanjung Rimau Dalam



Bagi bakal pelanggan yang berada di kawasan Tampin, Kuala Ina, Pulau Sebang, Padang Sebang dan Gadek,boleh mendaftar penggunaan mana-mana Pakej ONEXOX Black melalui pengedar yang berada di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka. Ia berhampiran dengan Pulau Sebang dan lebih kurang 5 kilometer dari kolam air panas Gadek dan Pekan Tampin, Negeri Sembilan.

Whatsapp pada nombor yang tertera pada gambar di atas bagi membuat temujanji.


Klik Pilihan Pakej ONEXOX Black untuk mengetahui pilihan pakej yang disediakan

10 December 2018

Perbezaan ONEXOX Black dan ONEXOX Prepaid


Untuk fahaman secara mudah, ONEXOX Black ialah bil atau postpaid yang diperbaharui sistemnya. Pengguna telefon mudah alih di Malaysia terdiri dari pelbagai kategori iaitu dari segi pekerjaan, hobi dan latarbelakang peribadi.

ONEXOX Prepaid masih lagi menjimatkan dan disukai lebih 2 juta rakyat Malaysia lantaran tempoh sahnya paling panjang di Malaysia dan boleh berlanjutan selama-lamanya setiap kali tambah nilai dibuat.

Berikut adalah perbezaan sistem Black dan Prepaid :


  • Data tak perlu diaktifkan seperti Season Pass kerana ianya aktif secara automatik dan boleh dibawa ke hadapan (Carry Forward).


  • Data aktif tidak akan 'burn', berbanding Prepaid yang akan 'burn' sekiranya tamat tempoh.


  • Setiap bulan, kouta Data, Minit Panggilan dan Sms akan dimasukkan walaupun belum buat bayaran bil. Guna dulu, bayar kemudian.


  • Kadar panggilan yang lebih jimat. Panggilan akan ditolak 0.5 minit untuk setiap 30 saat, berbanding Prepaid yang ditolak 1 minit walaupun panggilan kurang daripada 30 saat.


  • Tiada pecahan Akaun DA / MA. Semua penggunaan lebihan Sekiranya habis kouta akan menggunakan kadar DA (kadar jimat).


  • Bil penggunaan akan dihantar ke alamat email pengguna setiap bulan (atas permintaan pengguna).



Takut Guna Postpaid Sebab Takut Bil Melambung?

Usah kuatir. ONEXOX Black adalah inovasi terkini pada sistem postpaid yang pertama di Malaysia membuat semua baki data minit dan sms dibawa ke bulan berikutnya. Jika baki data, minit berbual dan sms anda habis, ia tidak akan dibuat sebarang caj tambahan secara diam.

Maka untuk penggunaan lebih daripada kuota asal, pengguna perlu menambah Kredit Black dengan kaedah membuat topup seperti pelan prepaid.


09 December 2018

Pilihan Pakej ONEXOX Black


Berikut adalah lima pakej pilihan pelan Black yang disediakan buat masa ini :

1) B10 (RM10.00)
- Data : 1GB
- Masa Berbual : 20 Minit

2) B39 (RM39.00)
- Data : 6GB
- Masa Berbual : 50 Minit
- SMS :  50 SMS

3) B59 (RM59.00)
- Data : 12GB
- Masa Berbual : 100 Minit
- SMS : 100 SMS

4) B89 (RM89.00)
- Data : 18GB
- Masa Berbual : 200 Minit
- SMS : 200 SMS

5) B149 (RM149.00)
- Data : 30GB
- Masa Berbual : 300 Minit
- SMS : 300 SMS


" Semua baki data, minit dan sms dalam ONEXOX Black dibawa ke bulan berikutnya secara automatik selama-lamanya 
selagi akaun berkenaan aktif "

Kad sim ONEXOX untuk semua jenis telefon?


Kadsim (sim card) ONEXOX sama ada pelan Prabayar atau Black, ianya boleh digunakan untuk pelbagai jenis telefon sama ada yang terkini berasaskan sistem Android dan iPhone ataupun telefon lama yang menggunakan teknologi 2G.

Bagi pengguna telefon jenis lama (2G) yang penggunaannya lebih kepada sms dan panggilan suara, ONEXOX ada pakej yang sesuai untuk telefon seperti ini iaitu pakej minit berbual dan sms pada Season Pass yang boleh digunakan oleh Prepaid dan Black.

Malah, kad sim ONEXOX boleh juga digunakan pada alat-alat eletronik lain seperti alat GPS dan telefon rumah dan pejabat yang mempunyai fungsi penggunaan kad sim.

Kesimpulannya, pada masa ini, kad sim ONEXOX boleh digunakan pada telefon 2G, 3G dan 4G / 4G LTE ( Long Term Evolution ).





Testimoni pengguna ONEXOX Black


One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera  dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan berlainan dengan jenama yang sedia ada di pasaran Malaysia pada hari ini.

Ikuti pengalaman mereka yang telah menggunakan perkhidmatan ONEXOX :


Membuat pembayaran bil ONEXOX Black


Cara membayar bil ONEXOX Black ialah seperti membeli dan membuat tambah nilai prepaid (topup kredit). Anda boleh membelinya di lokasi berikut :

• Pembayaran Online banking Malaysia (pilih menu XOX)
• Self Care website
• Kedai serbaneka 7eleven
• Kedai runcit, pasar mini atau pasaraya yang menggunakan sistem topup e-pay dan sebagainya.
• Pusat Jualan ONEXOX

08 December 2018

Apakah itu ONEXOX Black?



ONEXOX Black bukanlah Prepaid. Ianya adalah penambahbaikkan kepada sistem postpaid yang sedia ada di pasaran Malaysia. Ia membawa kesemua baki data, minit dan SMS yang masih belum digunakan ke bulan berikutnya secara automatik untuk selama-lamanya.

Berikut adalah plan pada masa kini yang ditawarkan oleh ONEXOX Black :


Apakah perbezaan di antara ONEXOX BLACK dengan pelan mudah alih konvensional yang lain?

 • TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua data, minit dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa kehadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.

 • TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.

• 24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada


Apakah cara bagi pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada (ONEXOX Prepaid) untuk melanggan ONEXOX BLACK?

Pelanggan baharu :
1) membeli simcard nombor baharu
2) membeli simcard MNP

Pelanggan ONEXOX Prepaid :
1) tukar plan Prepaid ke Black


Pelanggan perlu melakukan pra pembayaran bagi pakej pelan ONEXOX Black yang dipilih – pelan didatangkan bersama data, minit dan SMS berdasarkan pelan yang ingin dilanggan.

• Nikmati data, minit dan SMS yang belum digunakan untuk dibawa ke bulan hadapan tanpa had setiap bulan.
• Tidak terikat dengan kontrak.

Jika anda merupakan pelanggan ONEXOX Prepaid, apa terjadi kepada item-item di dalam akaun Season Pass sekiranya  bertukar ke pelan ONEXOX Black

Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK ialah :

• Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS 
• Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS 
• SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS 
• ‘Loyalty Point’ 
• Kredit yang belum digunakan 

Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX Black ialah :
• Tempoh sah
• SMS percuma 
• Data yang telah diaktifkan

Persoalan Mengenai Black

1. Sekiranya anda merupakan pelanggan ONEXOX Black, berapa banyak data yang boleh anda simpan dan bawa kehadapan? 
- Maksimum 100GB 

2. Bolehkan pelanggan ONEXOX Black mendapatkan penyata bercetak? 
- Boleh. Pelanggan ONEXOX Black boleh mendapatkan penyata bercetak dengan caj RM5. 

3.Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan?
-  Boleh. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di talian 12273. Pelanggan berkenaan haruslah memastikan akaun berkenaan tidak mempunyai amaun tertunggak.

4.Bolehkah anda menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid?
- Boleh. Pelanggan ONEXOX Black boleh menukar semula pelan ke pelan prepaid dan mengekalkan nombor yang sama.

- Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit dan SMS) yang terdapat di dalam kaunter ONEXOX Black tidak akan dipindahkan ke akaun ONEXOX Prepaid.

5. Bolehkah anda menggunakan mana-mana data, minit dan SMS daripada ONEXOX Black sekiranya akaun disekat atau digantung?
- Tidak.

6. Apa yang terjadi sekiranya anda mempunyai 150GB data di dalam akaun ONEXOX Prepaid dan menukar ke pelan ONEXOX Black? 
- Kesemua 150GB akan dibawa ke akaun ONEXOX Black pada bulan pertama. Walau bagaimanapun, pada bulan kedua, pelanggan hanya mempunyai 100GB sahaja kerana had maksimum simpanan data hanyalah 100GB. 

7. Bolehkah pelanggan ONEXOX Black membeli promosi HAPPY HOUR atau mana-mana pakej SEASON PASS? 
- Boleh. Pelanggan hanya perlu membeli pakej yang mereka mahukan dan boleh menggunakannya pada bila-bila masa.

- Kesemua pakej Season Pass atau Happy Hour yang telah dibeli akan dimasukkan ke akaun ONEXOX Black.

-Dengan pelan ONEXOX Black, pelanggan tidak perlu mengaktifkan data daripada kaunter Season Pass seperti pelan prepaid. Ianya boleh digunakan secara automatik.

8. Apa terjadi apabila anda telah menggunakan kesemua data, minit dan SMS di dalam kaunter ONEXOX Black anda? 
- Bagi minit, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat.

- Bagi SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS.

- Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi Happy Hour atau mana-mana pakej Season Pass.



Jika anda berminat untuk mencuba penggunaan ONEXOX Black, sila mesej Whatsapp ke nombor berikut :

Pengedar Sah di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka