Perbezaan ONEXOX Black dan ONEXOX Prepaid

Posted by Admin on 8:00 AM

Untuk fahaman secara mudah, ONEXOX Black ialah bil atau postpaid yang diperbaharui sistemnya. Pengguna telefon mudah alih di Malaysia terdiri dari pelbagai kategori iaitu dari segi pekerjaan, hobi dan latarbelakang peribadi.

ONEXOX Prepaid masih lagi menjimatkan dan disukai lebih 2 juta rakyat Malaysia lantaran tempoh sahnya paling panjang di Malaysia dan boleh berlanjutan selama-lamanya setiap kali tambah nilai dibuat.

Berikut adalah perbezaan sistem Black dan Prepaid :


  • Data tak perlu diaktifkan seperti Season Pass kerana ianya aktif secara automatik dan boleh dibawa ke hadapan (Carry Forward).


  • Data aktif tidak akan 'burn', berbanding Prepaid yang akan 'burn' sekiranya tamat tempoh.


  • Setiap bulan, kouta Data, Minit Panggilan dan Sms akan dimasukkan walaupun belum buat bayaran bil. Guna dulu, bayar kemudian.


  • Kadar panggilan yang lebih jimat. Panggilan akan ditolak 0.5 minit untuk setiap 30 saat, berbanding Prepaid yang ditolak 1 minit walaupun panggilan kurang daripada 30 saat.


  • Tiada pecahan Akaun DA / MA. Semua penggunaan lebihan Sekiranya habis kouta akan menggunakan kadar DA (kadar jimat).


  • Bil penggunaan akan dihantar ke alamat email pengguna setiap bulan (atas permintaan pengguna).



Takut Guna Postpaid Sebab Takut Bil Melambung?

Usah kuatir. ONEXOX Black adalah inovasi terkini pada sistem postpaid yang pertama di Malaysia membuat semua baki data minit dan sms dibawa ke bulan berikutnya. Jika baki data, minit berbual dan sms anda habis, ia tidak akan dibuat sebarang caj tambahan secara diam.

Maka untuk penggunaan lebih daripada kuota asal, pengguna perlu menambah Kredit Black dengan kaedah membuat topup seperti pelan prepaid.