Apakah itu ONEXOX Black?

Posted by Admin on 6:28 PM


ONEXOX Black bukanlah Prepaid. Ianya adalah penambahbaikkan kepada sistem postpaid yang sedia ada di pasaran Malaysia. Ia membawa kesemua baki data, minit dan SMS yang masih belum digunakan ke bulan berikutnya secara automatik untuk selama-lamanya.

Berikut adalah plan pada masa kini yang ditawarkan oleh ONEXOX Black :


Apakah perbezaan di antara ONEXOX BLACK dengan pelan mudah alih konvensional yang lain?

 • TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua data, minit dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa kehadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.

 • TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.

• 24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada


Apakah cara bagi pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada (ONEXOX Prepaid) untuk melanggan ONEXOX BLACK?

Pelanggan baharu :
1) membeli simcard nombor baharu
2) membeli simcard MNP

Pelanggan ONEXOX Prepaid :
1) tukar plan Prepaid ke Black


Pelanggan perlu melakukan pra pembayaran bagi pakej pelan ONEXOX Black yang dipilih – pelan didatangkan bersama data, minit dan SMS berdasarkan pelan yang ingin dilanggan.

• Nikmati data, minit dan SMS yang belum digunakan untuk dibawa ke bulan hadapan tanpa had setiap bulan.
• Tidak terikat dengan kontrak.

Jika anda merupakan pelanggan ONEXOX Prepaid, apa terjadi kepada item-item di dalam akaun Season Pass sekiranya  bertukar ke pelan ONEXOX Black

Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK ialah :

• Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS 
• Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS 
• SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS 
• ‘Loyalty Point’ 
• Kredit yang belum digunakan 

Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX Black ialah :
• Tempoh sah
• SMS percuma 
• Data yang telah diaktifkan

Persoalan Mengenai Black

1. Sekiranya anda merupakan pelanggan ONEXOX Black, berapa banyak data yang boleh anda simpan dan bawa kehadapan? 
- Maksimum 100GB 

2. Bolehkan pelanggan ONEXOX Black mendapatkan penyata bercetak? 
- Boleh. Pelanggan ONEXOX Black boleh mendapatkan penyata bercetak dengan caj RM5. 

3.Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan?
-  Boleh. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di talian 12273. Pelanggan berkenaan haruslah memastikan akaun berkenaan tidak mempunyai amaun tertunggak.

4.Bolehkah anda menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid?
- Boleh. Pelanggan ONEXOX Black boleh menukar semula pelan ke pelan prepaid dan mengekalkan nombor yang sama.

- Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit dan SMS) yang terdapat di dalam kaunter ONEXOX Black tidak akan dipindahkan ke akaun ONEXOX Prepaid.

5. Bolehkah anda menggunakan mana-mana data, minit dan SMS daripada ONEXOX Black sekiranya akaun disekat atau digantung?
- Tidak.

6. Apa yang terjadi sekiranya anda mempunyai 150GB data di dalam akaun ONEXOX Prepaid dan menukar ke pelan ONEXOX Black? 
- Kesemua 150GB akan dibawa ke akaun ONEXOX Black pada bulan pertama. Walau bagaimanapun, pada bulan kedua, pelanggan hanya mempunyai 100GB sahaja kerana had maksimum simpanan data hanyalah 100GB. 

7. Bolehkah pelanggan ONEXOX Black membeli promosi HAPPY HOUR atau mana-mana pakej SEASON PASS? 
- Boleh. Pelanggan hanya perlu membeli pakej yang mereka mahukan dan boleh menggunakannya pada bila-bila masa.

- Kesemua pakej Season Pass atau Happy Hour yang telah dibeli akan dimasukkan ke akaun ONEXOX Black.

-Dengan pelan ONEXOX Black, pelanggan tidak perlu mengaktifkan data daripada kaunter Season Pass seperti pelan prepaid. Ianya boleh digunakan secara automatik.

8. Apa terjadi apabila anda telah menggunakan kesemua data, minit dan SMS di dalam kaunter ONEXOX Black anda? 
- Bagi minit, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat.

- Bagi SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS.

- Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi Happy Hour atau mana-mana pakej Season Pass.



Jika anda berminat untuk mencuba penggunaan ONEXOX Black, sila mesej Whatsapp ke nombor berikut :

Pengedar Sah di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka