Pengedar sah ONEXOX di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka (DYSD21131)

05 April 2019

SKMM anjurkan pameran teknologi 5G di Putrajaya


Pameran teknologi mudah alih generasi kelima (5G) pada 18 April ini, akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat dan menikmati secara langsung manfaat daripada teknologi tersebut dan kesan positif terhadap kehidupan mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata pameran 5G itu akan diadakan di Putrajaya sempena sambutan ulang tahun ke-20 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadiri majlis tersebut.

Sementara itu, pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak dalam kenyataan sama, berkata pihaknya sangat berbesar hati diberi peluang untuk meneraju pengenalan 5G di negara ini.

“5G bukan sekadar kelajuan data lebih tinggi dan keupayaan jaringan lebih meluas, malah ia turut menghubungkan berjuta-juta peranti, membina perkhidmatan baharu dan menyokong penggunaan aplikasi secara lebih meluas yang dapat memberi kesan positif kepada operasi perniagaan dan kerajaan serta aktiviti seharian pengguna. 

“Pameran ini bertujuan memberi satu gambaran mengenai apakah bakal menanti pada masa hadapan dan penerimaan rakyat. Oleh itu, sukacita saya maklumkan Malaysia merupakan salah satu negara di Asia yang menerajui teknologi mudah alih generasi kelima ini,” katanya.

Al-Ishsal berkata 5G juga selari dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) kerajaan untuk menyediakan rakyat dengan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik.

Antara aplikasi dalam kehidupan sebenar yang bakal dipamerkan termasuk konsultasi dan diagnosis penjagaan kesihatan dari jauh, proses pembelajaran menggunakan simulasi dan e-sukan masa nyata dengan kepelbagaian paparan 4K.

Pada November 2018, SKMM menubuhkan sebuah pasukan petugas 5G kebangsaan untuk mengkaji dan membuat syor-syor strategi yang holistik untuk pelaksanaan 5G secara menyeluruh di Malaysia.

Pada 4 Mac lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata Cyberjaya dan Putrajaya akan menjadi bandar pintar pertama di Malaysia yang menerima kemudahan teknologi 5G apabila ujian awal rangkaian perkhidmatan itu bermula pada April ini.

Semasa tempoh itu, beliau berkata syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan pemain industri akan menjalankan ujian teknologi 5G masing-masing dengan dibantu SKMM. 

- Sumber dari Bernama

29 January 2019

Panggilan tanpa had : ONEXOX B39 Plus 20



Promosi B39 Plus 20 (RM59.00 bulanan) berlangsung sehingga 28 Februari 2019. Pakej ini didatangkan dengan "unlimited call" kepada semua rangkaian. Segala baki data internet, minit berbual dan sms akan dibawa (ditambah) ke bulan hadapan.

Penduduk di sekitar Kampung Tanjung Rimau Dalam, Gadek, Padang Sebang, Pulau Sebang Dan Tampin boleh berurusan dengan ICT Niaga Enterprise untuk  mendapatkan pakej ini.

Klik ----» https://wa.me/60123123705 untuk buat temujanji melalui Whatsapp


ONEXOX Black (semua baki data, minit dan sms automatik carry forward selama-lamanya selagi akaun aktif)

#onexoxblack
#onexoxkampungtanjungrimaudalam #alorgajahmelaka
#onexoxb39plus20

Huawei mungkin dihalang dari membangunkan infrastruktur 5G di Malaysia


Kerajaan sedang menantikan laporan rasmi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sebelum membuat keputusan sama ada perlu untuk menghalang Huawei dari membangunkan infrastruktur 5G di Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan pihak kementeriannya sedang mempertimbangkan isu keselamatan yang melibatkan pengeluar peralatan telekomunikasi dari China berkenaan dan sedang menyiapkan laporan berkenaan isu tersebut.

“Kita tunggu dulu laporan lengkap dari SKMM. Sebarang keputusan yang bakal diambil akan berdasarkan kepada laporan itu kelak.

“Kerajaan akan mengumumkan mengenai tindakan wajar apabila semuanya siap kelak. Apabila kita bercakap mengenai isu 5G ini, terdapat banyak pandangan yang telah dikemukakan.

“Tumpuannya adalah untuk mengkaji dan memastikan sistem itu selamat kerana kita menjangkakan ini adalah teknologi yang akan mengubah keadaan pada masa akan datang,” katanya selepas melancarkan Program Pembangunan Usaha Niaga HeiTech di sini hari ini.

Gobind Singh Deo turut menambah setakat ini tiada sebarang tarikh akhir diberikan untuk laporan berkenaan perlu disiapkan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan akan menjalankan kajian sebelum membuat keputusan mengenai penyertaan Huawei dalam membina infrastruktur 5G di Malaysia. Huawei telah diharamkan daripada melancarkan 5G di beberapa negara lain, di tengah-tengah dakwaan aktiviti ‘cyberspying’, walaupun tiada bukti yang telah dikemukakan.



Kredit:

The New Straits Times
Harian Teknologi (Facebook)

11 January 2019

Menara telekomunikasi penyebab kanser?


Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MICTH) menegaskan menara telekomunikasi sedia ada atau yang akan dinaikkan tidak mendatangkan mudarat kepada penduduk sekitar, bahkan pembinaan struktur binaan itu dijangka meningkat nilai hartanah sesuatu kawasan.

Pengurus Infrastruktur Telekomunikasi MITCH, Mohd Hafizullah Abdullah berkata, menara telekomunikasi hanya melepaskan radiasi tidak berion hanya memberikan kesan baik bagi hubungan komunikasi dan parasnya ditahap 0.01 peratus juga telah disahkan selamat oleh Agensi Nuklear Malaysia.

Katanya, sehingga kini masih belum ada fakta menyatakan radiasi dari menara telekomunikasi merosakkan tubuh badan dan menyebabkan kanser.

“Sebahagian penduduk menzahirkan kerisauan mereka terhadap kerja-kerja menaikkan menara itu dan rata-ratanya mengulangi kegusaran sama iaitu, radiasi penyebab kanser dan menjejaskan nilai premis mereka.

“Kesemua itu tidak benar, bagi hartanah lihat contoh di negara jiran, Singapura, mereka mempunyai kira-kira 5,000 menara telekomunikasi, walaupun negara mereka agak kecil dibandingkan dengan kita, namun nilai hartanahnya semakin meningkat.

“Soal radiasi pula, perkara itu telah diperhalusi oleh Agensi Nuklear Malaysia dan mereka telah mengukur dan mengesahkan semuanya dalam keadaan baik,” katanya.

Hafizullah berkata, bagi memudahkan orang ramai memeriksa sendiri kadar radiasi dilepaskan menara telekomunikasi, kod QR turut diperkenalkan di menara-menara baharu yang dibina bagi memudahkan komunikasi dengan penduduk sekitar.

“Kita dah pasangkan kod QR di 41 lokasi menara bagi memudahkan masyarakat ketahui secara pantas maklumat mengenai radiasi,” katanya.

Berhubung bantahan penduduk di Jalan Rahmat 4 mengenai kerja menaikan menara terbabit, Hafizullah berkata, kajian terhadap perkara itu akan dilakukan dan data berhubung bantahan itu akan digunapakai bagi situasi sama seluruh Melaka.

Jelasnya, menara telekomunikasi yang dibantah akan dinaikkan sebagai servis kerajaan negeri terhadap penduduk selepas dua menara telekomunikasi milik Maxis Berhad dan Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) dilaporkan diturunkan dalam tempoh terdekat.

“Menara di kawasan itu akan dinaikkan juga sebab ada permit dan pendapat minoriti yang membantah akan memberi kesan terhadap majoriti pengguna.

“Lagi pun, kawasan yang dilihat sangat strategik kerana mampu menampung 750 pengguna dalam masa sama, jika tidak dilakukan dikhuatiri ia akan menjejaskan kehidupan pengguna lain,” katanya.

Sehingga kini, Melaka mempunyai kira-kira 610 menara telekomunikasi, dimana 249 darinya milik MITCH, 260 merupakan milik syarikat telekomunikasi tempatan dan 101 tiang telekomunikasi di kawasan sekolah, jumlah itu tidak termasuk 100 menara baharu yang akan dibina tahun ini.

Sumber : Melaka Kini (online)